Saturday, May 25, 2019

[394.19] PENGGUNAAN PERNYATAAN SAKSI DALAM KES JENAYAH



PENGGUNAAN PERNYATAAN SAKSI DALAM KES JENAYAH
Zaman saya mula jadi peguam 15 tahun lepas, pernyataan saksi dah digunakan dalam kes sivil. Manakala pernyataan saksi baru (tak baru mana juga) sahaja digunakan oleh Mahkamah dalam kes melibatkan pertuduhan jenayah.
Saya tulis sebab masih ada peguam yang terkejut tentangnya. Datang untuk kes jenayah, tetapi tidak pernah tahu tentangnya. Dah lama dah digunakan. Masa awal dulu hanya saksi pendek dan pakar sahaja dibenarkan (kedua pihak bersetuju) seperti jurugambar, juru stor, ahli kimia dan saksi biasa.
Manakala saksi penting yang memerlukan mahkamah dan pihak-pihak merujuk kepada air muka dan cara menjawab secara khusus dan penting untuk cross examination kelak dan pertimbangan pihak mahkamah. Contohnya saksi pegawai tangkapan, pegawai penyiasat dan saksi yang berkemungkinan ada kepentingan.
Sekarang nampaknya hampir semua saksi nak dihadirkan dengan pernyataan saksi atas alasan menjimatkan masa. Peguam ada hak untuk bantah terutama apabila demeanor itu penting dalam proses soal jawab soalan dalam bicara penuh.
Ini juga nota untuk orang awam faham bahawa kerja peguambela semakin banyak sebab bila sampai mahkamah, dah kena cross. Malah ada juga banyak masalah Pernyataan Saksi dapat hari bicara. Punggak!
Tapi ramai juga DPP bagus dalam kerja. Hantar emel awal-awal. Kita senang kerja. Dia tak kena maki dek mahkamah. Semua happy..
Wallahuallam bissawab.
Hisham Nazir
Mahkamah Majistret Bukit Mertajam

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►