Wednesday, May 29, 2019

[393.19] AMARAN IGP PADA ANAK BUAHNYA: HENTIKAN HUBUNGAN DENGAN TAUKE JUDI


[393.19] AMARAN IGP PADA ANAK BUAHNYA: HENTIKAN HUBUNGAN DENGAN TAUKE JUDI
..................................................................................
Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada pegawai dan anggota #polis untuk menghentikan sebarang hubungan dengan tauke sindiket perjudian dan maksiat sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.
Beliau secara sinis berkata pegawai dan anggota masih mempunyai peluang untuk menghentikan sebarang hubungan dengan sindiket haram sebelum ditahan.
Katanya pasukan tidak akan bersubahat atau melindungi mereka yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.
“Nasihat saya, hentikan segera connection (hubungan) dengan sindiket #judi dan #maksiat kerana saya tidak akan bertolak ansur dan akan berusaha hapuskan gejala rasuah dalam pasukan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►