Saturday, May 25, 2019

[361.19] PRO BONO & DIWAKILI PEGUAM


PRO BONO & DIWAKILI PEGUAM
"Boleh Tuan buat kes saya pro bono?"
Kami kata tidak boleh.
Kami buat pro bono. Jangan salah faham, Bukan sekali dua.
Tetapi kami pilih siapa yang patut kami bantu. Usah tuan-puan minta diwakili percuma.
Semua peguam melakukan #probono
Kami juga memberikan khidmat kembali kepada masyarakat. Tetapi bagaimana kami pilih, adalah #budibicara kami.
Maka jangan nilai kami atas fee biasa kami atau disebabkan kami menolak permintaan anda untuk pro bono. Bukan sekali dua permintaan sebegini datang daripada individu luar dalam sebulan.
Malah fee ditawarkan adalah rendah. Cuma kekadang sikap orang kita mahukan subsidi dan percuma.
Jika tidak berkemampuan sudut fee, masih ada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (#YBGK) , Biro Bantuan Guaman dan Bantuan Guaman (Majlis Peguam). Malah ada NGO dan parti politik turut menyediakan khidmat bantuan guaman.
Mari membaca menambah ilmu. Esok masih sambung bicara kes peras ugut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►