Saturday, May 25, 2019

[343.19] HINA RASULLULLAH SAW PENJARA 10 TAHUN ADALAH TERBAIK UNTUK DIA


HINA RASULLULLAH SAW PENJARA 10 TAHUN ADALAH TERBAIK UNTUK DIA
Banyak dah penulisan tentang hukuman 10 tahun pemenjaraan ke atas OKT yang menghina Rasullulah SAW.
Cuma nak jawab kepada Lim Kit Siang yang kata hukuman itu berat dengan cara mudah. Nak bina ayat terlalu educated, saya pun tak berapa pandai.
OKT mempunyai 5 pertuduhan. Ingat 5 perbuatan di tuduh di bawah tindakan menghina Rasullulah SAW. Dengan akta dan peruntukan seksyen yang sama.
Apa kata peruntukan tersebut tentang hukuman penjara? Baru sedar rupanya berjuta yang komen, seorang dua sahaja tahu apa pertuduhan dan hukumannya.
Hukumannya penjara minima 2 tahun. Apa!!
2 tahun itu MINIMA pemenjaraannya. Maka letak dalam kepala rapat-rapat bahawa hukuman penjara yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen ialah seminima mungkin di bawah kuasanya sebagaimana peruntukan akta.
Sekaligus kata hukuman pemenjaraan adalah satu tempoh yang lama dan berlebihan adalah pandangan yang salah.
Tambahanya, nasib baik Hakim yang bertugas kepada kes ini adalah non muslim. Kalau tidak, ada lagi pandangan berbentuk racist mahupun hate dikemukakan oleh rakyat Malaysia.
Sata sebut rakyat Malaysia sebab tidak terkecuali mana-mana bangsa. Satu je sebabnya. Kita semua suka komen tanpa merujuk kepada sumber dan fakta tepat. Komen dulu, check kemudian. Bukan check pun, orang lain pula tolong maklumkan fakta tu salah.
Kalau 2 tahun penjara itu minima, kenapa jadi 10 tahun pula.
Dalam perlaksanaan hukuman yang lebih daripada satu pertuduhan, Hakim mempunyai kuasa budibicara untuk mengarahkan hukuman berjalan serentak kepada semua atau mana-mana bahagian hukuman ataupun boleh dijalankan berasingan terhadap hukuman-hukuman tersebut.
Dalam kes ini, Hakim menggunakan budibicara untuk semua hukuman berjalan berasingan. Ini kuasa budibicara tetapi kuasa itu harus dijalankan/diputuskan mengikut lunas perundangan.
Pendek cerita, perlaksanaan hukuman berasingan boleh dilakukan jika pertuduhan atau tindakan jenayah dibuat pada masa, tempat, subjek dan fakta berbeza. Sebaliknya hukuman dijalankan serentak bila semuanya dilakukan sama pada tempat, subjek, masa dan sebagainya. Itu pendek cerita. Panjang belum kata apa-apa.
Boleh faham?
Alhamdulillah.
NOTA: Itu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Bukan Mahkamah yang dibicarakan di atas.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►