Maafkan sebab banyak call tidak dapat dijawab dan juga mesej. Minggu ini dan minggu depan saya ada bicara bagi 7 kes di 4 negeri.
Ada 4 artikel baru tentang isu undang-undang yang ditanya orang awam telah kami aturkan. Nanti dia publish.
Harap dipermudahkan Allah SWT.
4 hari bicara penuh dalam pengaruh ubat batuk. Doktor suruh makan 2 kali sehari. Sempat makan sekali sahaja. Kalau makan lagi, memang terlelap depan Mahkamah. 2 hari bicara untuk sivil. 2 hari untuk jenayah.
Dengan batuk- batuk, teruskan juga apabila sudah sedia. Esok dan lusa ada dua lagi kes untuk dihujahkan. Genap 6 hari mengadap bicara.
Siapa bilang peguam suka lengahkan kes?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..