Penghakiman Persetujuan adalah salah satu jenis penghakiman yang direkodkan dalam satu tuntutan prosiding Mahkamah apabila pihak-pihak bersetuju ke atas satu tuntutan/permohonan diselesaikan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui bersama.
Terma ini direkodkan oleh Mahkamah melalui minit dan kemungkinannya dinyatakan di dalam Penghakiman Persetujuan yang difailkan oleh pihak-pihak setelah dipersetujui.
Persetujuan ini tidak memberikan laluan kepada rayuan dan semakan atas alasan persetujuan bersama kecuali permohonan adalah adil untuk dibenarkan seperti Penghakiman Persetujuan dimasuki atas dasar fraud dan dijustifikasi untuk diketepikan.
Penghakiman ini tidak boleh diubah kecuali terdapat keadaan memerlukannya berbuat sedemikian dan kesemua pihak terlibat bersetuju.
Ini termasuk variasi (vary) penghakiman tersebut atas dasar terma yang tidak jelas. Pihak-pihak yang bersetuju kepada terma tersebut adalah mengikat pihak-pihak untuk mematuhinya.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..