Monday, December 10, 2018

[327.18] ORANG SILAT BAWA SIJIL KEMANA-MANA ?


Isu terpalit tentang isu pencerobohan kuil di USJ25 baru-baru ini. Kami tidak mahu komen tentangnya kecuali tentang keperluan.
Bagi jurulatih silat/seni bela diri biasanya sijil gelanggang atau jurulatih memang dibawa kerana berguna mereka ada senjata latihan melibatkan senjata tajam. Malah ada jurulatih khusus melalui pertubuhan adalah berdaftar dan merujuk kepada pihak cawangan khas dan kepada Bukit Aman.
Sebagai contoh, Persekutuan Seni Silat Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia adalah pertubuhan berdaftar dan juga dirujuk kepada pihak polis tempatan mahupun Bukit Aman bagi latihan dan pengarah serta program mereka. Jadi selamat dan diketahui jurulatih kami.
Ada yang sembang kosong menempatkan keperluan itu satu kejanggalan. Anda tahu hukuman memiliki dan membawa senjata tajam tanpa tujuan ? Hukuman minima adalah penjara 5 tahun dan pendakwaan di Mahkamah Sesyen.
Kebanyakkan senjata latihan ditumpulkan sedikit. Malah senjata pedang/parang panjang kebanyakkannya dah tumpul ekoran latihan. Tapi hati-hati membawa senjata. Anda mungkin terlupa tapi alasan sedemikian bukan satu justifikasi.
Selain daripada kemas penampilan dan tidak mencurigakan, satu justifikasi perlu sekiranya ditemui senjata tajam dalam kereta. Faham kenapa jurulatih patut pakai baju silat selepas latihan?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►