Wednesday, November 14, 2018

[317.18] WARAN TANGKAP KETIDAKHADIRAN ORANG KENA TUDUH & JAMINAN

Dalam mahkamah jenayah, Orang kena Tuduh perlu dan wajib hadir setiap kali ditetapkan tarikh Mahkamah samada tarikh bagi sebutan atau pengurusan kes apatahlagi tarikh Bicara.
Ketidakhadiran hanya boleh dibuat dengan izin/perintah Mahkamah yang mana Mahkamah boleh izinkan sendiri atau atas permintaan peguambela Orang Kena Tuduh.
Dalam kes kali pertama pertuduhan di baca, Orang Kena Tuduh perlu hadir dan ketidakhadiran boleh dikeluarkan satu waran tangkap.
Sebenarnya memandangkan beliau dalam jaminan polis, jika beliau tidak lapang atas alasan kesihatan atau urusan lebih penting, beliau boleh maklumkan kepada pihak polis. Polis boleh bertolak ansur dengan menunda pertuduhan tersebut ke hari lain.
Berbalik kepada pertuduhan seksual, sekarang banyak mahkamah tidak mahu bagi jaminan sementara menunggu bicara. Alasan kes serius dan mendapat liputan netizen. Adakah sekarang pegangan "tidak bersalah sehingga dibuktikan" telah dibatalkan (overruled) oleh mana-mana kes dahuluan dan tidak menjadi trite law lagi elemen jaminan perlu diberikan di bawah seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.
Dari satu sudut netizen akan berkata, jaminan tidak diberikan atas sebab emosi Mahkamah meletakkan prejudis/bias dan juga tekanan untuk pengakuan bersalah segera.
Agak-agak bliau diberikan jaminan ke tidak?
Sekarang ada 2 perkara penting kenapa jaminan perlu dibantah DPP. Petama, kes seksual melibatkan kanak-kanak. Kedua, ada rekod lari daripada tarikh pendakwaan di Mahkamah.
erm..
ASTROAWANI.COM
Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, mengeluarkan waran tangkap terhadap Datuk Seri Shahidan Kassim selepas gagal hadir pada prosiding pertuduhan kes dipercayai mencabul gadis bawah umur, Oktober lalu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►