Friday, October 12, 2018

[305.18] SELEPAS HARTA PUSAKA DAH DIBAHAGIKAN, BARULAH TAHU BAHAWA SI MATI ADA MENINGGALKAN HUTANG.


1. Dalam tertib pengurusan harta pusaka, pembayaran hutang si mati hendaklah didahulukan sebelum pengagihan harta pusaka.
2. Jika waris hanya mendapat tahu tentang keberhutangan si mati selepas semua harta pusaka sudah dibahagikan, apa yang perlu waris lakukan?
3. Menjadi tanggungjawab kepada waris untuk membayar hutang si mati mengikut kaedah pembahagian harta pusaka si mati kerana waris sudahpun menerima harta pusaka si mati.
4. Jika harta pusaka dibahagikan secara sama rata, maka setiap waris hendaklah membayar hutang si mati secara sama rata.
5. Jika harta pusaka si mati dibahagikan secara faraid, maka waris hendaklah membayar hutang si mati mengikut bahagian faraid yang diterima oleh waris.
6. Contohnya, si mati meninggalkan seorang anak lelaki & dua orang anak perempuan. Pembahagian faraid ialah 1/2 untuk anak lelaki, dan 1/4 untuk setiap anak perempuan. Jadi, pembayaran hutang juga hendaklah ditanggung mengikut pembahagian faraid ini. Jika hutang simati sebanyak RM10,000.00, anak lelaki hendaklah membayar RM5,000.00, dan anak perempuan hendaklah membayar sebanyak RM2,500.00 setiap seorang.
7. Ini bermakna, waris yg sudahpun menerima harta pusaka si mati perlu menolak semula harta yang mereka terima bagi membayar hutang si mati yang baru mereka ketahui.
8. Sebab itulah, jangan terlalu awal membahagikan harta pusaka. Pastikan bahawa si mati memang sudah bebas dari hutang sebelum harta pusaka diagihkan.
Wallahu a’lam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►