Monday, October 1, 2018

[202.18] "ADAKAH BAYAR BANK TERUS DAPAT KELUAR NAMA DARIPADA BANKRAP?"



Itu pertanyaan daripada netizen dan pengunjung kami. Jawapannya TIDAK.

Bankrap diisytiharkan melalui perintah Mahkamah Tinggi apabila ada permohonan daripada Pemiutang Penghakiman. Namun setelah diisytihar bankrap, ada pemiutang lain boleh 'beratur' di belakang pemiutang tersebut menjadikan amaun semakin tinggi. Tetapi hutang utama adalah kepada pihak yang dapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi sahaja.

Si Bankrap perlu bayar keseluruhan amaun terhutang atau amaun yang dipersetujui oleh pihak Pemiutang Penghakiman. Setelah selesai bayaran terus atau melalui Jabatan Insolvensi Malaysia, satu surat perlepasan akan diberikan menyatakan antara lain tiada lagi hutang tertunggak.

Selepas itu permohonan melepaskan (discharge) si bankrap daripada status itu perlu di buat di Mahkamah Tinggi melalui kertas kausa berkaitan. Biasanya ia akan dibuat oleh peguam sehingga di gazzett bagi melucutkan status bankrap.

Proses akan memakan masa selama 1 bulan atau kurang. Bergantung kepada proses yang dilakukan.

Bank ambik masa setahun nak bankrapkan kamu takkan nak diacharge ambil masa sejam.
 — atHisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►