Tuesday, September 18, 2018

[191.18] RAYUAN ATAU SEMAKAN



"Kalau mahkamah dah buat keputusan tapi masih boleh kurangkan hukuman tak?"

Jika mahkamah telah membuat keputusan atau hukuman, maka mahkamah bicara (asal) itu telah functus officio dan tidak lagi mempunyai hak untuk mendengar dan membuat keputusan kepada kes yang sama.

[Terdapat beberapa pengecualian dalam beberapa isu seperti jaminan dan kuasa budibicara mahkamah. Bincang kemudian.]

Jika tidak berpuashati, maka pihak terkilan boleh failkan rayuan melalui Notis Rayuan atau semakan melalui Notis Usul kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah yg ada bidangkuasanya.

Proses rayuan mungkin lebih lama sedikit berbanding semakan tetapi tidak semua boleh dan sesuai untuk dibuat melalui semakan.

Sudut kos, semakan lebih murah kerana kertas kausa yang lebih senang dan ringkas berbanding rayuan selain faktor masa.

Penerangan dan beza agak panjang lebar sikit dan tidak sesuai bacaan umum. Sila dapatkan nasihat daripada peguam anda.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►