Thursday, August 30, 2018

[176.18] HAD MASA PERLAKSANAAN PERINTAH MAHKAMAH



Tertakluk kepada seksyen 6(3) Akta Had Masa 1963, perlaksanaan perintah Mahkamah adalah perlu dibuat dalam masa 12 tahun.

Jangka masa 12 tahun ini adalah tertakluk kepada 6 tahun yg kemudiannya diperbaharui. Atau sebaliknya. Pendek kata, selagi 12 tahun perintah Mahkamah boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun dalam kes Mahkamah Rayuan Malaysia, Norkasumahasani bt Ustaz Abdul Wahab vs. Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [Rayuan Sivil No. W-01 (NCVC)(A)-248-07/2017] memutuskan antara lain Seksyen 6(3) Akta Had Masa Untuk Kuatkuasa Penghakiman Adalah tidak terpakai bagi isu melibatkan Seksyen 22(1) Akta Had Masa yang mana melibatkan isu benifisiari melaksanakan tugasan amanahnya.

Dalam kes berkenaan yg diputuskan pada 20.08.2018, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan apabila melihat seksyen 22(1) membenarkan perlaksanaan tanpa limit berdasarkan sub (a) atau (b) seksyen berkenaan.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►