Thursday, August 23, 2018

[174.18] RAYUAN SABITAN DI BAWAH SEKSYEN 305 KANUN ACARA JENAYAH



Seksyen 305 KAJ menyatakan hak rayuan selepas hukuman pengakuan bersalah terhad kepada skop hukuman semata-mata.

Pendek kata, terhad kepada cukup atau berlebihan Mahkamah Bicara memberikan hukuman berkenaan setelah menerima sabitan pengakuan bersalah.

Dalam beberapa kes yang diputuskan dan menjadi tafsiran kepada seksyen 305 KAJ bahawa walaupun peruntukan menyatakan sedemikian, Mahkamah dalam bidangkuasa rayuan berhak dan mempunyai budibicaranya untuk menyemak sabitan yang dibuat oleh Mahkamah bicara samada sabitan itu sah dan tidak terbatal.

Biarpun rayuan yg digariskan seksyen 305 sedemikian, ia tidak sama sekali menghalang kuasa Mahkamah untuk membuat semakan kepada sabitan.

Dalam kes Asri Ahmad vs. PP, digariskan kriteria semakan bagaimana sabitan pengakuan salah itu dikatakan sah dan tidak terbatal (tidak bersyarat).

Sila rujuk kes:

Sila layari -
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.fb.com/criminallawyermalaysia
www.wassap.my/60139307961
 — at Mahkamah Tinggi Shah Alam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►