Monday, August 13, 2018

[169.18] SEKSYEN 326A KANUN KESEKSAAN




Tadi dah tulis panjang mengenai beza seksyen 326 dan 326A semenjak gubalan perundangan tambahan itu. Entah tiada rezeki nak post, handphone hang.

Cuma kekadang masalah lelaki agak emosi bila melibatkan wanita apatah lagi isteri. Bila ini berlaku, mana lelaki tak mengamuk. Bila emosi menguasai diri, pelbagai jenayah boleh jadi.

Tidak menjustifikasi tindakan lelaki tetapi melihat kepada komen netizen, kami lebih suka katakan sabar dan lihat apa sebenarnya jadi.

Seksyen 326 KK adalah melibatkan kecederaan parah yang boleh membawa mati dengan penggunaan alat kepada perlakuaannya.

Manakala tambahan kepada seksyen 326A KK pula dikhususkan kepada suami dan isteri yang mana mengekang keganasan rumah tangga dengan hukuman diperuntukan lebih tinggi berbanding seksyen 326 KK iaitu sehingga 30 tahun pemenjaraan.

okay, nak sambung kerja. Esok ada bicara penuh kes bunuh. Banyak kes baru nak baca.

Salam & Bye!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►