Monday, August 13, 2018

[162.18] PERUNTUKAN BUDIBICARA MAHKAMAH BAGI HUKUMAN MATI DAN PEMENJARAAN DI BAWAH SABITAN PENGEDARAN DADAH SEK. 39B TIDAK BERSIFAT RESTROSPEKTIF



Minggu ini isu retrospektif perlaksanaan peruntukan baru menjadi bualan. Kami pun kena hujahkan isu peruntukan baru berkenaan seksyen 425A Kanun Acara Jenayah. 

KIta start dengan isu seksyen 39B (2A) Akta Dadah Berbahaya 1951 melalui kes - 

Low Teck Sang vs PP
Mahkamah Rayuan
Rayuan Jenayah No: J-05(M)-106-03/2017
Tarikh Keputusan : 03.08.2018

"[36] Isu terakhir, peguam terpelajar adalah mengenai hukuman mati yang telah dijatuhkan oleh hakim bicara. Peguam terpelajar berhujah bahawa peruntukan baru di bawah seksyen 39B(2A) Akta memberi pilihan kepada 
hakim bicara sama ada untuk mengenakan hukuman mati atau hukumanpenjara seumur hidup. Peguam berhujah bahawa hakim bicara telah gagal untuk membuat pertimbangan terhadap peruntukan di bawah seksyen
39B(2) dan (2A) Akta. Peguam memohon agar hukuman mati ke atas Perayu diketepikan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan.

[37] Seksyen 39B(2) dan (2A) telah dimasukkan melalui Akta Pindaan A 1558 yang mula berkuat kuasa pada 15.3.2018. Peruntukan baru seksyen kecil itu berbunyi seperti berikut:

“(2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than fifteen
strokes. 

(2A) In exercising the power conferred by subsection (2), the Court in imposing the sentence of imprisonment for life and whipping of not less than fifteen strokes, may have regard only to the following circumstances:

(a) there was no evidence of buying and selling of a dangerous drug at the time when the person convicted was arrested;

(b) there was no involvement of agent provocateur; or

(c) the involvement of the person convicted is restricted to transporting, carrying, sending or delivering a dangerous drug; and

(d) that the person convicted has assisted an enforcement agency in disrupting drug trafficking activities within or outside Malaysia.”.

[38] Peruntukan terbaru itu tidak terpakai secara kebelakangan. Tarikh kuat kuasa peruntukan itu telah ditetapkan mulai pada 15.3.2018. Perayu telah dipertuduhkan dengan kesalahan yang berlaku pada 17.8.2014 dan telah disabitkan pada 22.2.2017. Hujahan peguam terpelajar tidak boleh ipertimbangkan dan jauh tersasar memandangkan peruntukan baru seksyen 39B(2) dan (2A) tidak terpakai kepada Perayu."

- Yang Arif Kamardin bin Hashim
 — at Court of Appeal Putrajaya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►