Tuesday, July 3, 2018

[131.18] PRAKTIS PEGUAM ATAS NAMA SAMA




"Apa jadi undang-undang firma yg kecik tu. Yg tuan ceritakan dulu?"

Semasa 3-4 tahun sebelum ini, Jawatankuasa Small Firm yang diketuai oleh Presiden Bar Council sekarang telah melaksanakan deraf bagi membolehkan firma-firma guaman kecil bergabung praktis di bawah satu nama yang sama walaupun firma berlainan dengan risiko dan liabiliti berbeza.

Dah lulus rasanya. Tak ambil pot sangat sebab peruntukan tu dah tak terpakai kepada saya. Masa bawah jawatankuasa tu, saya layak lagi.

Ini memberikan kelebihan kepada firma guaman kecil bagi bersaing dengan firma besar lain terutama bagi firma yang bersedia untuk kerja-kerja yang biasanya diberikan kelebihan kepada firma besar.

Deraf masa itu dibuat oleh rakan bijaksana Encik Edmund Bon dan dibincangkan melalui jawatankuasa.

Kalau saya nak terlibat dengan proses itu, saya kena batalkan cawangan firma kami.

Nanti kita ulas bab peruntukan tersebut. Terima kasih kerana bertanya.

Gambar sekadar hiasan.
 — at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►