Monday, April 23, 2018

[102.2018] DESAKAN HIDUP TIDAK JUSTIFIKASIKAN JENAYAH


Hari pertama bicara kes pengedaran dadah melibatkan kakitangan kerajaan. Sabitan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Apa yang menarik untuk difikirkan ialah tekanan hidup antara keperluan dan kehendak. Tidak semua yang terlibat dalam jenayah (tidak terhad mana-mana kes) adalah menjalani hidup bermewahan. Tekanan keperluan adalah berbeza antara satu sama lain. Biarpun ia tidak menjustifikasikan untuk melakukan jenayah, tetapi ia berlaku atas desakan hidup.

Kita netizen banyak menghukum tanpa memberikan peluang bela diri. Salah atau sebaliknya biar Mahkamah menentukan. Lebihkan minat dalam keterangan apa yang berlaku kerana itu akan membuat kita berfikir panjang.

Semoga dipermudahkan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►