Wednesday, March 14, 2018

[063/3018] MAHKAMAH SYARIAH TIADA BIDANGKUASA UNTUK PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

1. Mahkamah Syariah berbidangkuasa dalam pengurusan harta pusaka orang Islam seperti dalam kes permohonan pengesahan waris dan pengiraan faraid, permohonan pengesahan instrumen-instrumen berkaitan harta pusaka seperti dokumen hibah, wasiat, dan wakaf, permohonan pengesahan harta sepencarian, dan lain-lain.
2. Walau bagaimanapun, mahkamah syariah tidak mempunyai bidangkuasa utk mendengar kes perbicaraan harta pusaka serta mengeluarkan perintah pembahagian.
3. Oleh hal yang demikian, sijil faraid yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah tidak boleh digunakan sebagai dokumen untuk membolehkan harta tak alih diturunmilik kepada pewaris, sebab sijil faraid bukanlah satu perintah turunmilik bagi sesuatu kes harta pusaka.
4. Sijil faraid hanyalah satu perakuan tentang senarai waris yang layak menerima harta pusaka si mati dan bahagian mereka mengikut kiraan faraid.
5. Permohonan perintah turunmilik bagi harta tak alih si mati kepada waris hendaklah dipohon di unit pembahagian pusaka kecil atau mahkamah tinggi bergantung kepada nilai semasa harta tak alih tersebut.
NOTA: ini artikel okeh Tuan Termizi dan tidak boleh share direct. Nanti kami letakkan link asal.
When A Criminal Lawyer Submitting About Life
HISHAMNAZIR.NET

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►