Thursday, February 8, 2018

"SALAH FAHAM BOLEH BAWA KEMATIAN."

"SALAH FAHAM BOLEH BAWA KEMATIAN."
Semalam saya ada poskan bagaimana seorang jomblo membunuh seorang jirannya yang sedang hamil kerana sering bertanyakan kepada lelaki itu bila ingin berkahwin kerana faktor usia yang semakin meningkat dan semua rakannya telah berkahwin.
Mungkin itu modal jirannya untuk menegur atau mengambil berat tetapi salah faham membawa kepada tekanan dan tekanan sedemikian telah membawa kepada perlakuan jenayah.
Ada juga situasi yang mana satu pihak menyangka pengetahuan seorang yang lain boleh mengugat kedudukan dan kredibilitinya, maka wujud satu ugutan mahupun jenayah yang lebih berat.
Ada juga individu yang duka bergaya biarpun kewangannya tidak seberapa. Dipakai emas tiruan. Digunakan perhiasan yang berjenama dan mahal pada pandangan mata. Itu mengundang salah faham si penjenayah dan jadinya ragut, samun atau rompak.
Sekiranya perompak itu berada bersama semasa tahu beliau salah faham mengenai kewangan mangsa, mungkin mangsa dipukul malah dalam kes ragut dan rompak, banyak juga kematian terlibat.
Ini belum kerja-kerja yang melibatkan kerahsiaan samada kerja itu rahsia atau faktor kerja yang memerlukan merahsiakannya. Macam spy pulak!
Jadi jangan letakkan diri anda dalam salah faham orang. Manakala kita yang melihat dan mendengar jangan mudah salah faham kepada orang lain. Biarkan saja kerana salah faham bukan fakta. Ia tidak dijadikan hujah. Maka jangan menilai atas salah faham.
2 minggu lepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, sepasang kekasih (mungkin) agak tegang. si lelaki berada di lajur kerusi saya. Manakala wanita di kerusi hadapan.
Agak tegang antara mereka. Dari riak muka mereka ada masalah dan bergaduh tentangnya dalam bahasa Thai. Walaupun suara di rendahkan tetapi butirannya jelas antara 2 baris kerusi. Mungkin mereka sedang hangat membincangkannya dan bergaduh tentangnya.
Kemudian ada pihak ketiga, seorang wanita lain hadir menyebelahi wanita itu. Mereka masih bertengkar tentang sesuatu dalam bahasa Thai. Sekali sekala mereka menekan suara tetapi dalam nada berbisik. Muka sudah merah.
Saya yang berada antara terdekat dengan mereka dan kekadang melihat mereka bergaduh itu. Pasti besar bangat isunya. Kalau diketahui memalukan. Kenapa saya berkata sedemikian?
Tetiba handphone saya berbunyi. Semua orang tahu yang nada dering handphone saya adalah lagu รอสายคนโสด - หญิงลี ศรีจุมพล. Baru bait pertama chorus berbunyi, ketiga mereka senyap terus sehingga saya memasuki penerbangan.
Saya harap mereka tidak salah faham dan ingat saya tahu banyak benda daripada pergaduhan mulut mereka. Kalau salah salah faham berlaku, saya mungkin jadi target An Ok-Yun (lihat movie Assassination)
Sekali lagi saya pesan:
"Jadi jangan letakkan diri anda dalam salah faham orang. Manakala kita yang melihat dan mendengar jangan mudah salah faham kepada orang lain. Biarkan saja kerana salah faham bukan fakta. Ia tidak dijadikan hujah. Maka jangan menilai atas salah faham."

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►