Monday, February 12, 2018

REALITI 2018 - JENAYAH DI KALANGAN KANAK-KANAK


Dua tiga minggu lepas ada la seorang sahabat yang bukan dalam bidang perundangan menyentuh tentang kanak-kanak dalam penglibatan jenayah.

Katanya penulisan saya menakutkan ibu bapa dan masyarakat. Seolah-olah anak genarasi kini agak bermasalah.

Tidaklah kami nyatakan generasi kini rosak tetapi jika dibandingkan peratusan penglibatan jenayah dan jenis jenayah oleh kanak-kanak dan anak muda di bawah umur 32 tahun adalah amat tinggi berbanding dahulu.

Pengalaman kami di bidang perundangan jenayah mengiyakannya. Jika mahkamah rasuah dan mahkamah seksual ditubuhkan, saya rasa penubuhan khas mahkamah juvana di setiap Mahkamah adalah penting.

Angka penangkapan dan pertuduhan penglibatan kanak-kanak di Mahkamah Majistret adalah tinggi. Penggunaan Mahkamah dan Majistret yang sama bagi hari tertentu bagi kes juvana memberikan kesan kelambakan kes dan kelewatan.

Dalam menyegerakannya mungkin sedikit "ketidakadilan" akan dirasai. Tekanan dan beban terhadap Mahkamah akan lebih ketara.

Selain daripada angka yang dipertuduhkan tinggi, kini kanak-kanak terlibat dalam semua jenis jenayah. Sebagai contoh, dulu tiada melibatkan kes bunuh tetapi kemudiannya terdapat banyak pertuduhan melibatkan kes bunuh walaupun kebanyakannya melibatkan 'salah masa dan tempat'.

Kini jenayah berat bukan lagi sedekikian malah terdapatnya jenayah terancang. Tidak termasuk jenayah melibatkan geng kanak-kanak. Siap ada nama geng..

Tanyalah polis. Mereka juga pening melihat generasi baru dengan jenayah dan dadah. Kebanyakannya kerana pergaulan yang tidak dikawal. Di saat malam, ibubapa masih tidak ambil peduli tentang keberadaan anak-anak. Benarlah kata orang-orang tua kita

"Jangan keluar malam, setan banyak. Nanti tersampuk!"

Biarpun situasi terkini Mahkamah masih berlembut dalam memberikan peluang kedua kepada generasi muda ini, kita patut ambil berat. Sikit atau banyak, sikap peduli harus ditingkatkan.

Nota: Gambar kenangan dengan Tuan Haji Yunus. Penasihat kes juvana yang akan bersara.

Artikel lain di -
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.twitter.com/hishamnazirco

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►