Monday, January 29, 2018

MAUT DITIKAM WARGA INDONESIA (COPY PASTE DARIPADA SINAR HARIAN)

MAUT DITIKAM WARGA INDONESIA
(COPY PASTE DARIPADA SINAR HARIAN)
SEGAMAT - [VIDEO] Seorang lelaki warga tempatan maut selepas ditikam seorang lelaki warganegara Indonesia di rumah sewa teman wanitanya di Jalan Temenggong, di sini, kira-kira jam 3.26 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, ketika kejadian, mangsa, Mohd Rezal Md Tab, 37, datang ke rumah teman wanitanya kira-kira jam 11.44 malam semalam untuk berjumpa dengan suspek yang dikenali sebagai Herwin, 36.
"Pada awalnya, mangsa dan teman wanitanya yang berumur 34 tahun ingin berjumpa suspek selepas mendapati suspek mencabul anak angkat teman wanitanya yang berumur sembilan tahun di rumah ibu wanita tersebut kira-kira pukul 5 petang, semalam.
"Bagaimanapun, pada pukul 2.30 pagi tadi, suspek telah datang ke rumah teman wanita mangsa dengan memanjat bumbung sebelum masuk melalui siling dapur," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, hari ini.
Menurutnya, mangsa dan teman wanitanya yang terdengar bunyi bising di atas bumbung kemudian bangun untuk melakukan pemeriksaan sebelum mendapati suspek telah berada di dalam rumah.
Satu pergelutan berlaku di antara suspek serta wanita tersebut dan suspek telah bertindak menumbuk muka, menarik rambut dan menggigit dahi teman wanita mangsa.
"Mangsa kemudian cuba untuk menyelamatkan teman wanitanya daripada terus dipukul suspek. Suspek yang berang terus menikam mangsa menggunakan pisau di bahagian rusuk kiri dan lengan kiri mangsa.
"Pergaduhan tersebut dipercayai berlaku dari dalam bilik hingga ke ruang tamu dan suspek yang tidak berpuas hati kemudian telah memukul mangsa menggunakan kipas dan kerusi kayu secara bertalu-talu sebelum meninggal dunia di kawasan kejadian," katanya.
Teman wanita mangsa kemudian bertindak menjerit dan berlari keluar untuk meminta pertolongan jirannya kerana suspek mengejar dan cuba memukulnya menggunakan tukul besi.
Katanya, jiran teman wanita tersebut yang menyedari kejadian berkenaan hanya menjerit akan membuat laporan polis kerana beranggapan bekas suami teman wanita mangsa datang mengganggu sebelum suspek bertindak melarikan diri.
"Suspek cukup rapat dengan keluarga wanita tersebut kerana menyewa di rumah ibu teman wanita mangsa yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian selain suspek juga mahir selok-belok rumah berkenaan dan sering membantunya membersihkan najis kelawar.
"Mangsa dan wanita tersebut masing-masing bekerja di Pasar Awam Segamat dan sewaktu suspek melarikan diri, beg sandangnya yang mengandungi pasport, pas pekerjaan dan telefon bimbit telah tertinggal di dalam rumah berkenaan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek juga sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi IPD Segamat.

Seorang lelaki warga tempatan maut selepas ditikam seorang lelaki warganegara Indonesia di rumah sewa teman wanitanya di Jalan Temenggong, kira-kira pukul 3....
YOUTUBE.COM

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►