Friday, January 19, 2018

KOMEN BIAR AHLI - "SAYA TAK SUKA JADI ARKITEK JE"



Ada mesej kami bertanya kenapa ada orang kata belajar itu ini tetapi taknak jadi profesion yang sinonim denganya. Tetapi banyak pula komen dan kritik bab yang bukan dia ahlinya. Yang tidak menarik, kaitkan dia pernah belajar itu dan ini.

Adakah sama pelajar arkitek dan seorang arkitek. begitu juga profesion lain.

Teori dan praktikal sesuatu yang berlainan. Apatah lagi pengalaman. Malah dalam sesuatu pekerjaan dan profesion melibatkan pengalaman yang berbeza dan menjadikan perbezaan antara pengamal undang-undang dengan pensyarah mahupun in-house legal. Apatah lagi dengan pelajar perundangan. Samada lulus (grad) atau sebaliknya.

Bila dilihat penulisan atau kata-kata melibatkan satu isu yang diutarakan oleh seseorang indiividu maka lihat dahulu dia ahli atau sahaja membuat satu perangkap penulisan bagi serampang 3-4 mata bagi kepentingan diri sendiri.

Seeloknya kritikan dan komen samada pro dan kontra di lihat secara menyeluruh dan kepada isunya. Bukan kepada orang dan sensitiviti.

Satu lagi, banyak sekarang orang komen tentang suatu benda dan claim saya bekas peguam, bekas student law, bekas hakim. Walhal tidak pun. Cakap orang tapis-tapis!

Sebagai contoh media, blogger mahupun orang politik. Mereka boleh cakap tanpa takut dan bermegah bila di saman. Bila kalah boleh bayar pulak amaunnya. Nampak tak kesempatan dan keuntungan di situ?

Mesej sampai?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►