Wednesday, December 20, 2017

BUDIBICARA PENDAKWAAN UNTUK PERTUDUHAN


Alhamdulillah
Kes bunuh di Pulau Pinang bagi seksyen 302 KK baru-baru ini dah diturunkan ke seksyen 304 dan telah dibenarkan jaminan sementara menunggu keputusan Pejabat Pendakwaraya samada akan didakwa atau sebaliknya.
Harap pertimbangan kedua saspek tidak akan didakwa atas faktor-faktor yang ketahui dan ditekankan untuk pertimbangan.
Kuasa budibicara samada didakwa atau tidak ataupun didakwa di bawah seksyen mana adalah kuasa penuh pihak peguam negara yang diberikan kepada Ketua Unit Pendakwaan negeri.
Keputusan dibuat setelah ambil pertimbangan keseluruhan fakta dan dokumentasi yg ada di dalam Kertas Siasatan.
Peguam boleh mengemukakan rayuan/representasi sekiranya perlu kpd pihak pendakwaan.
Pendek kata, netizen jangan main sentimen apa-apa kalau tidak tahu hujung pangkal fakta sesuatu perkara kerana ia akan memprejudis nasib dan keadilan mana-mana pihak. Malah pihak polis dan pendakwaan juga akan tertekan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►