Thursday, November 16, 2017

PEGUAM PECAH AMANAH


"Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan."
Ada 2-3 orang mesej bertanyakan mengenai kes berkaitan bekas peguam ini. Saya percaya tindakan laporan polis telah dibuat oleh pihak yang terkilan dan menjadi mangsa.
Polis telah melaksanakan siasatannya dan merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dan pertuduhan telah dibuat ke atasnya.
Usah kita menambah cerita hanya untuk menyedapkan sembang. Bukankah pembuat dan penyebar fitnah itu dijamin tidak masuk syurga dan diazab kubur.
Kita serahkan kepada Mahkamah yang Mulia untuk membicarakannya dan memutuskan atas fakta dan perundangan.
Jangan kita pula mendahului tugasan polis, pendakwaan dan Mahkamah.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►