Monday, November 27, 2017

MENANG KES ATAU KALAH




Minggu ini hanya Mahkamah Rayuan tidak dipanjat. Bicara di dua Mahkamah Tinggi, Majistret, Sesyen dan Mahkamah Persekutuan membuatkan badan keletihan kerana minda lebih banyak bekerja.

Badan mula demam-demam. Perlukan cuti.

Menang atau kalah bukan ukuran hebatnya peguam. Peguam yang hebat dikatakan mempunyai peratusan kes kalah agak tinggi tetapi setiap hujahannya mencabar kehakiman dalam berhati-hati memberikan keputusan.

Dalam melaksanakan kerja, peguam fokus pada isu dan arahan yang diberikan. Sekiranya ia masih dalam lingkungan kerja yang dibenarkan, maka laksanakan dengan penuh hemah dan beramanah.

Nasihat kepada peguam baru untuk melaksanakan amanah, peguam patut lupakan tidur dan makan yg teratur dalam memberikan lebih perhatian kepada fail. Jangan terlalu banyak komplen kepada tekanan kerja. Terus senyum!

Artikel lain di:
fb.com/criminallawyermalaysia
Instagram.com/hishamnazirdotcom
twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►