Monday, November 20, 2017

KERJA DI HARI MINGGU



Di mana hari minggu anda?

Sejak Oktober lalu sehingga akhir bulan Disember, weekend saya di Mahkamah. Kemaman, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Alor Setar dan Kota Bharu.

Hari ini berhujah di Mahkamah Tinggi. Minta tarikh untuk reply boleh?. Otak dah tersumbat dengan bayangan cendol dan laksa kedah.

Sesambil itu bawa anak & isteri berjalan-jalan merata sambil kerja. Cuma hari ini tidak boleh menumpang Bar Room. Katanya ada senior lawyer cerewet dan komplen tentang ini. Takpa.

Allah aturkan mereka menumpang kasih di kantin Mahkamah hari ini. Asbab itu juga jumpa prospek klien. Prospek pulak kenal kita pasal viral dalam facebook.

Alhamdulillah, kes rayuan di Mahkamah Tinggi ditetapkan untuk keputusan pada januari depan.

Manakala kes di Kemaman hari ini remaja dibebaskan dengan bon kelakuan baik selama 2 tahun.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►