Tuesday, August 8, 2017

JALAN SINGKAT BELAJAR DARIPADA KEBODOHAN


Saya pesan pada peguam saya, kalau tak tahu tanya dengan kawan. Tanya dengan peguam lebih senior. Takpun tanya terus dengan penjaga kaunter mahupun jurubahasa.
Masih ramai sanggup membantu seandainya kita bertanya dan melayani manusia lain dengan cara yang sopan.
Paling penting jangan ego untuk akui kebodohan kita dalam sesuatu perkara. Tidak semua kita tahu.
Dengan mengakui kebodohan yg sedikit dengan penuh rasa rendah diri, kita boleh jimatkan masa buat research dan membaca akta dan peruntukan perundangan. Kita dapat kawan baru dan kita dapat rasa hormat orang lain.
Kan untung macam tu.. daripada cakap berdegang tapi tanya pun malas. Kita anggap kita je betul, bila nak maju.
NOTA: Masih di pejabat di waktu ini, menyediakan material bicara esok.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►