Monday, August 21, 2017

KEBERKATAN HIDUP ATAS REZEKI

Semalam saya dengar seorang perempuan muda (umur 20an) mengadu pada ayahnya. Mungkin ayahnya tengok pada umur. Berada di kerusi 2 baris hadapan saya dalam ETS. Adu si anaknya yang kerja sibuk dan tak henti. Tekanan banyak.
Saya tertarik jawapan di ayahnya;
"Itu biasa bila kita bekerja. Bila kerja banyak dan tidak henti, adik tidak berpeluang untuk curi tulang. Allah berkati rezeki adik.
Walaupun kerja banyak, adik masih ada masa makan dengan kawan-kawan dan solat di waktu nya. Allah dah berkati masa adik atas dari kesibukan dan rezeki yang baik itu.
Adik masih mampu bercuti di hujung minggu dan balik kampung. Melayani anak-anak sedara. Memberikan sedikit masa dan wang kepada orang lain dan orang memerlukan. Tidak pula adik terasa kekurangan atas rezeki yang ada. Allah berkati hidup adik.
Jangan fokus bab sibuk sahaja. Fikir positif apa Allah nak bagi kat adik."
Banyak lagi la lepas tu.
Rasa nak menangis pun ada bila dengar. Menjadi motivasi kepada diri saya sendiri. Mungkin ada benda kecil yang kita buat menjadi asbab keberkatan.
Bukanlah kaya tapi asbab itu mungkin memberikan kelapangan dalam hidup walaupun sibuknya Allah sahaja yang tahu.
Alhamdulillah!
NOTA: Saya tahu anda fikir tentang jarak dan dengar perbualan. Kalau saya sedang makan belum tentu itu fokus utama saya. Hati-hati!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►