"Buat ke ceramah kalau nak panggil"
Banyak pula telefon tanya tentang seminar. Hari ni pun ada 2 call berkenaannya. Kami bukan pakar atau menumpukan dalam memberikan seminar atau ceramah bab perundangan tapi ada juga buat untuk klien tertentu. Kepada kakitangan mereka.
"Mahal tak tuan caj?"
Sebenarnya hanya berapa kerat saya buat. Bagi klien tertentu saya buat free je. Tapi kalau bukan klien korporat kami, mungkin ada caj tapi tiada caj spesifik kami tetapkan sebab ini bukan prioriti kami buat masa ini. Cadanglah berapa bayarannya asalkan tidak naya kat kami pula. Makan wajib disediakan.
"Isu apa biasanya utk seminar?"
Isu bergantung kpd anda tetapi yg biasanya kami buat tentang tanggungjawab majikan dan pekerja, pasal tuntutan sivil secara am melibatkan syarikat, berkaitan sumber manusia dan isu tanah dan perundangan. Biasanya ada isu tertentu bagi matlamat ISO dan sebagainya.
"Tarikh sesuai"
Bergantung kpd diari dan kesesuaian masa.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..