Tuesday, July 4, 2017

ISU KES SITI KASSIM DAN JABATAN AGAMA

Jangan kata saya sokong Siti Kasim pulak.
Tapi kelemahan penguatkuasaan Jabatan Agama perlu diperbaiki.
Apa yg dimohon dan dibangkitkan isu Siti Kasim adalah isu yg bermerit. Saya tidak setuju dengan caranya tetapi faktor kelemahan dan ketidakmampuan penguatkuasa menjawab dan menunjukkan waran dalam isu dibangkitkan adalah wajar dibantah sebagaimana perundangan.
Pendek kata, jabatan agama bukan sahaja mempunyai jabatan perundangan tetapi panel peguam yg mantap. Perbaiki pengetahuan dan cara penguatkuasaan agar tidak dilihat menggunakan kuasa tanpa nas perundangan yg kukuh sehingga dilihat lekeh di mata awam apatah lagi di mata mereka seperti Siti Kasim dan rakan-rakan.
Saya tidak bersetuju tindakan Siti Kasim dan rakan-rakan membela LGBT atas dasar agama dan moral tetapi pegangan mereka tidak sepatutnya menjadi tanggapan kepada semua peguam.
Pendekatan lebih bijak perundangan perlu dalam mengatasi kumpulan-kumpulan atau individu yg mengakui Islam tetapi berpandangan sonsang dan liberal tanpa mengira isu, gender dan pangkat untuk tidak dilihat isu remeh kemudian hari. Termasuklah pandangan agamawan yg semakin hari semakin banyak berselisih isu remeh dan kabur yg boleh merosakkan kefahaman asas agama.
Selesaikan semua isu dengan bijak. Mulakan dengan perbincangan yg baik dengan lunas perundangan yg sedia ada.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►