Tuesday, July 25, 2017

FEE GUAMAN CONVEYANCING


"Saya dah bayar fee peguam tetiba pembeli tak jadi beli rumah"

FEE PEGUAM adalah tidak boleh dikembalikan. Pembayaran tetap dikenakan apabila kerja di mulakan dan dihentikan bukan disebabkan peguam. Bagaimanapun, pembayaran bagi disbursemen adalah boleh dikembalikan sekiranya masih belum digunakan bagi apa-apa yang dinyatakan pembayarannya.

HAK PENJUAL pula boleh mengambil deposit yang dibuat oleh pembeli sebagai gantirugi kecuali kegagalan meneruskan pembelian kerana pinjaman bank gagal diperolehi yang ada dinyatakan di dalam perjanjian dan bukan kegagalan secara sengaja. 

Boleh juga menuntut fee guaman kepada Pembeli tetapi biasanya deposit adalah melebihi fee guaman pada kebiasaannya. Tetapi sekiranya deposit dikembalikan atas bukan kegagalan sengaja, pihak-pihak boleh berbincang untuk diambil gantirugi atas fee guaman penjual daripada deposit.

Kalau ada nak tambah, sila nyatakan soalan dan atau tambahan di bawah komen.

Terima kasih.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►