Thursday, June 22, 2017

SEMAKAN KEHAKIMAN


Semakan kehakiman boleh dibuat kepada mana-mana keputusan tribunal. Tribunal maksudnya satu pendengaran yg terhad pada ahlinya atau yg berkaitan seperti tribunal pengguna, perumahan, Lembaga Disiplin dan sebagainya.

Semakan Kehakiman adalah satu jenis rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak keputusan tribunal.

Semakan Kehakiman perlu dibuat di bawah Aturan 53 RHC 2012 yg mana secara amnya limitasi masa adalah dalam masa 3 bulan daripada keputusan atau dalam masa dan prosedur yg dinyatakan jelas dalam perundangan melibatkan tribunal tersebut.

Satu kebenaran perlu diperolehi utk membolehkan Semakan Kehakiman didengar di hadapan Mahkamah Tinggi.

Yang paling penting untuk diambil perhatian ialah faktor limitasi masa. Jika masa telah luput , maka satu permohonan lanjutan masa boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi tetapi kausa akan menjadi lebih rumit dan melibatkan masa dan kos berlebihan.

Malah risiko permohonan lanjutan masa ditolak adalah dibimbangi kerana isu fakta dan perundangan yg tidak justifikasi kelewatan tersebut walaupun permohonan Semakan Kehakiman mempunyai merit dan peluang untuk dibenarkan.

#criminallawyer
#semakankehakiman
#judicialreview
#hishamnazir
#hishamnazirdotcom

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►