Friday, May 19, 2017

SESAK NAFAS

Sesak nafas dada rasa tertekan
Dari pagi klien dok dilayan
Pagi ada klien dari Senawang
Kes pecah pejabat orang
Aku percaya dia punya semua alasan
Terbeban dek banyak hutang
Ekonomi dan gaji kecik tak sepadan
Tak ditolong, rasa kesian

Tengahari mai 2 abang
Abam besar dan abang kawasan
Kes pinjam meminjam
Ada duit lewatkan bayaran
Takdak duit auta pulak sakan
Pekik maki jadi mainan
Aku kat tengah bulu meremang
Depa kata aku memang cool man
Tak nampak jantung kat dalam

Petang Bicara kes pukul orang
Kononnya pukul sampai lebam-lebam
Tapi takde pun nampak kesan
Kes kompaun tapi taknak sapan
Nampak sangat nak pedajal orang
Mak sedara pun yg dlm kandang
Dendam dan wang jadi taruhan

Ingat muka saksi rasa nak lempang
Tapi Majistret orgnya amat sopan
Senyumnya memberi tenang
Tepat masa kes ditangguhkan
Mungkin ada anak nak dijemput pulang

Balik pejabat sesak dada kawan
Entah stamina sudah berkurang
Atau ingatkan kawan warded sorang
Sesak nafas atau suka nurse manjang
Memikirkan baik rehatkan badan
Semoga banyak asbab utk bangkit kemudian

LIKE & SHARE
facebook.com/criminallawyermalaysia
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►