Tuesday, May 16, 2017

PEKELILING KETUA PENDAFTAR BIL. 2 TAHUN 2017 GARIS MASA (TIMELINE) PENYELESAIAN KES JENAYAH DAN SIVIL BAGI MAHKAMAH RENDAH

Setelah merujuk kepada YAA Hakim Besar Malaya dan selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U (A) 205/2012] dan bagi
tujuan penyeragaman dan penyelesaian kes yang efisien, YAA Hakim Besar Malaya telah mengarahkan penetapan garis masa (timeline) bagi penyelesaian kes jenayah dan sivil di
Mahkamah Rendah seluruh Semenanjung Malaysia.
2. TUJUAN
2.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjadi panduan kepada semua Pegawai Kehakiman dalam pengurusan dan penyelesaian kes jenayah dan sivil secara lebih efisien dan sistematik.
2.2 Pekeliling ini juga bertujuan untuk menyeragamkan garis masa (timeline) penyelesaian kes dan menjadi mekanisma pemantauan penyelesaian kes yang berkesan di Mahkamah Rendah seluruh Semenanjung Malaysia.
3. GARIS MASA (TIMELINE)
3.1 Garis masa (timeline) penyelesaian kes jenayah dan sivil adalah bermula dari tarikh pendaftaran kes di Mahkamah seperti vang berikut:
(a) Mahkamah Sesyen Jenayah dan Sivil–
Kes Jenayah : 12 bulan
Kes Sivil : 9 bulan
(b) Mahkamah Majistret Jenayah dan Sivil–
Kes Jenayah : 12 bulan
Kes Sivil : 6 bulan (kecuali kes-kes tuntutan
kecederaan diri/kemalangan jalanraya)
Kes Sivil : 9 bulan (tuntutan kecederaan diri/
kemalangan jalanraya)
3.2 Bagi kes jenayah dan sivil yang dikembalikan dari Mahkamah Atasan selepas rayuan dilupuskan atau kes dihidupkan semula atau kes yang relevan dengan
keadaan tersebut, tempoh penyelesaian kes tersebut hendaklah tertakluk kepada garis masa (timeline) sebagaimana di perenggan 3.1 di atas.
3.3 Semua Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret seluruh Semenanjung Malaysia hendaklah memastikan kes yang ditetapkan dan dikendalikan diselesaikan menurut garis masa (timeline).
4. PERMULAAN KUAT KUASA
Pekeliling ini mula berkuat kuasa dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.
5. PEMBATALAN
Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 1 Tahun 2017 dengan ini terbatal dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►