Friday, April 7, 2017

SKIM RUMAH ALFAFA - SUDUT LOGIK DAN PERUNDANGAN



Banyak persoalan ini diterima semenjak beberapa tahun lepas. Hari ini timbul lagi sebab dikecohkan dengan saman pemula sivil yang melibatkan Syarikat berkenaan.


Bolehkah Alfafa membina rumah tanpa lesen?

Jawapan saya boleh tetapi bukan sebagai pemaju perumahan kecuali kontraktor biasa sebagaimana ia didaftarkan di bawah SSM (jika ada).

Manakala pemaju perumahan didaftarkan khusus di bawah kementerian dan setiap projek perumahan mempunyai lesen pembangunan termasuk lesen iklan dan jualan yang berbeza setiap projek dan ada tempoh masanya.

Projek kontraktor biasa tertakluk kepada kontrak antara 2 pihak. Samada bertulis atau lisan. Nama lagi kontraktor, ia kecik!

Maka kesan kontrak dan perlaksanaannya melibatkan tidak sebagaimana pemaju perumahan. Kalau ada yang komen dan kata Alfafa tidak mempunyai lesen, pernyataan itu benar sudut istilah pemaju perumahan.

Tetapi kalau ada yang kata yang kata Alfafa tidak mempunyai kapasiti untuk membina rumah, itu pernyataan salah. Kecuali Alfafa bertindak lebih daripada kontraktor biasa atau bertindak sebagai pemaju perumahan yang melibatkan perundangan lain.

Bolehkah harga rumah dijual sedemikian rendah harganya?

Saya tidak berani kata tidak boleh tetapi saya katakan TIDAK MUSTAHIL. Ini disebabkan kalau dikirakan kos semasa, harga rumah kemungkinan dalam 1/4 atau 1/5 daripada harga jualan sahaja. Manakala mark up harga adalah untuk liabiliti, risiko dan keuntungan semasa.

Kalau Alfafa benar ikhlas nak membantu, saya rasa harga rendah sedemikian adalah hampir tidak mustahil untuk direalisasikan. Tetapi sebagaimana saya tegaskan itu adalah kos anggaran pembinaan sahaja.

Sebagai pembeli bijak, faktor ekonomi, harga barangan dan upah semasa patut diambilkira dalam menentukan harga rendah itu masih relevan atau tidak untuk dilihat logik semasa tempoh pembinaan rumah anda. Alfafa pun mesti perlukan kos sampingan yang banyak.

Kalau diambilkira semua kos termasuk sampingan dan ia dilihat tidak logik samada Alfafa akan kerugian atau keuntungan amat minima, maka jangan proceed baik dengan mana-mana pihak pun. Sebab ada kebarangkalian untuk anda ditipu, kecuali anda tahu rahsia perniagaannya. Sebagai contoh rahsia perniagaannya, syarikat berkenaan mempunyai kuasa modal besar, penguasaan harga barangan pembinaan, tenaga kerja ramai dan harga rendah dan sebagainya.

Pernyataan siapa kita nak percaya / guna?

Orang akan kata kalau skim itu menyalahi perundangan maka itu scam. Saya bukan nak kata boleh buat benda yang salah dari sudut perundangan tetapi sebenarnya ramai masyarakat kita yang salah memandang dan disuap sudut yang salah.

Kalau kita baca mana-mana artikel baik daripada sesiapa pun hatta seorang pakar (kononnya) menyatakan ia salah, maka ia sebenarnya silap. Salah atau tidak ditentukan Mahkamah dan agensi penguatkuasaan Malaysia cukup efiesien dalam menjalankan kerja mereka.

Jadi jangan memandai-mandai nak condemn perniagaan mana-mana orang berdasarkan pandangan orang yang bukan ahli dalam perniagaan tersebut ataupun membuat pandangan tanpa merujuk kepada perniagaan berkenaan secara terus (pandangan secara mala fide atau haters) dan membuat pandangan secara akademik.

Maksud pernyataan akademik adalah pernyataan yang dibuat secara membina dan adil (pro dan kontra) dengan melalui proses ilmu yang baik dengan fakta dan kajian mencukupi setelah fakta dan kekeliruan (jika ada) diambil daripada pihak syarikat secara terus.

Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang tidak akademik sebeginilah menyebabkan banyak prasangka dan prejudis timbul kepada perniagaan mana-mana syarikat seterusnya mendapat cemuhan dan celaan masyarakat yang berpaksikan kepada pernyataan-pernyataan yang tidak adil. (sampai bila nak tanggung dosa)

Seterusnya akan memberikan kesan buruk kepada perniagaan mereka dan hubungan dengan klien dan masyarakat. Kemudian akan menimbulkan pelbagai prejudis keadilan melibatkan pihak penguatkuasaan. Akhirnya kita melihat perniagaan tersebut runtuh, biarpun tiada apa-apa pendakwaan ke atas mereka mahupun laporan kerugian oleh ahli mereka.

Cara mudah untuk tentukan skim atau perniagaan itu tidak scam?

Pertama, dapatkan sekurangnya 2-3 pernyataan dan komen yang adil daripada mereka yang ahli. Maksudnya mereka memberikan pernyataan yang adil secara akademik sebagaimana yang dinyatakan di atas. Jangan ambil mudah dan ambil semua pernyataan sama rata. Menilai dengan ilmu.

Kedua, adakah terdapatnya kerugiaan dan penipuan yang dilakukan kepada ahlinya. Jangan menilai orang kata. Tetapi adakah terdapat laporan polis atau sebagainya daripada ahli syarikat mengenai penipuan. Sila semak samada isu tersebut relevan atau tidak. Samada ingin merujuk terdapatnya laporan penipuan secara majoriti atau kes terpencil, itu adalah hak pengguna. Anda tentukan.

Ketiga, lihat tempoh syarikat beroperasi. Biasanya penipuan yang dilakukan tidak mampu bertahan lama. Jika melibatkan skim rumah, ia mungkin boleh melibatkan 1-3 tahun. Kalau melibatkan keuntungan piramid (kutu) mungkin melibatkan masa 1 tahun. kalau ada track record melebihi itu, maka anda boleh berikan sedikit kenyakinan.

Ok, saya tambah lain kali pulak!

Klik LIKE & SHARE. Terima kasih — at Hisham Nazir & Cronies.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►