Dulu-dulu tidur di pejabat
Biasalah tu, peguam junior katakan
Pernah sekali isteri temankan
2 hari satu malam berkampung di pejabat
Bila dah senior, keadaan agak lega
Tapi peguam lagi senior kata;
"rutin dan tekanan peguam takan berubah. Itu menjadikan kita profesional. Sama juga rutin doktor dan rakan profesional lain"
Saya persetankan kata-kata itu
Selama 7 tahun disetankan
Ayat makan Tuan nampaknya
Tahun 2016, ini kali ke-2
Saya 'bertahajud' di pejabat
Selepas Selasa baru nampak
Minggu ini ada banyak kerja
Tetiba rasa tak cukup tangan
Ada 3 hujahan sendiri dan selaku kaunsel
Nak balas bantahan adik manis AG lagi
Ada nasihat pro-contra nak disiapkan pulak
Nak outstation lagi
Ada presentation pulak kelas minggu ini
Dah tua-tua baru nak masuk kelas
Baru sedar lama tak asah
Rangka PhD entah kelaut gamaknya
Masa tik-tok berjalan..
Agak-agak boleh hilang berat 6kg
Susut berat pasal rindu
"Rindu masa lapang.."
..sikit lagi!
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..