Friday, April 7, 2017

RANG UNDANG-UNDANG 355


Ramai yang pening dan keliru mengenainya. Jadi saya cuba terangkan dalam bentuk mudah sebab banyak spin dan memberikan komen keterlaluan kepada RUU 355 sehingga menghilangkan asas kenapa perlu kepadanya.


Apa itu RUU 355?
Ia satu cadangan dan tindakan dalam memperkasakan bidangkuasa hukuman yang lebih luas daripada sekarang ini iaitu bidangkuasa maksima 3 tahun penjara, RM5000.00 denda dan 6 sebatan. Dengan peningkatan bidangkuasa hukuman ini akan dilihat kuasa Mahkamah Syariah lebih baik dan bukan sekadar alternatif kepada kesalahan jenayah yang ada dalam bidangkuasa mereka.

RUU 355 itu hudud?
Ya dan Tidak. Kesalahan Hudud memang dah lama buat di Malaysia melalui kesalahan jenayah syariah tetapi tidak kesemua kesalahan hudud dilaksanakan kerana kesalahan zina/rogol dan rompakan diletakkan dalam bidangkuasa persekutuan melalui Kanun Keseksaan dan tiada kuasa diberikan bagi murtad. Cuma hukuman dalam Mahkamah Syariah adalah terhad oleh Persekutuan maka kesemua hukuman kesalahan jenayah hudud adalah ditakzirkan. Lepas RUU 355 lulus, bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk takzirkan mereka adalah lebih luas walaupun masih belum berkuasa melaksanakan hukuman hudud sepenuhnya.

Kalau RUU 355 bukan melaksanakan hukuman Hudud, perlu kita sokong?
Bagi saya kita kena sokong sebab daripada sedikit bidangkuasa menjadi lebih luas. Sekaligus pentadbiran dan sistem kehakiman akan diupgrade. Pandangan masyarakat juga akan lebih baik kepada Mahkamah Syariah. Kalau ini boleh dilaksanakan, kenapa tidak di masa depan, akan ada peningkatan yang lain. Kita mahukan hukum Allah secara total, tetapi jangan pula kita menuding mana-mana usaha ke arahnya sebagai cacat. Jika tidak boleh segera dan sepenuhnya, lambat pun tidak mengapa asalkan jangan berhenti.

Adakah Mahkamah Syariah layak dinaik taraf dan telus?
Saya sendiri banyak persepsi dan tidak bersetuju sudut sistemnya sebelum ini tetapi bagi saya yang menjadi pemulaan adalah bagaimana masyarakat melihat dan menghormatinya. Dengan peningkatan yang banyak masa kini, saya tidak nampak kenapa Mahkamah Syariah perlu dipandang remeh lagi.

Hudud perlu dilaksanakan sepenuhnya?
Saya setuju tetapi jika ada kekangan, kita patut mengambil peluang dan mengusahakan sekadar kemampuan yang diberikan oleh perundangan. Tidak semua perkara boleh dibuat serentak secara total tetapi secara beransur adalah satu langkah yang baik bersesuaian dengan bidangkuasa yang ada.

Perlaksanaan kepada orang bukan Islam?
RUU 355 adalah untuk membincangkan naik taraf bidangkuasa Mahkamah Syariah. Isu pemakaian kepada orang bukan Islam ini masih dibincangkan atas kekangan kuasa Persekutuan dan isu feqah mengenainya. Jika kebenaran atau kekangan perundangan dapat di atasi pada masa akan datang, generasi baru menaiktarafkan lagi kepada satu tahap yang lain. Itu logik!

Hisham Nazir
+6013-9307961
Sungai Petani & Subang Jaya

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►