Friday, April 7, 2017

PENDAFTARAN NASAB ANAK, NAFKAH & DNA BAPA


Di Malaysia, pendaftaran anak #kelahiran baru bagi orang Islam tertakluk kepada perkahwinan dan melebihi 6 bulan perkahwinan. Apabila wujudnya perkahwinan semasa kelahiran maka anak itu boleh didaftarkan nasabnya kepada suami si ibu.

Sebaliknya sekiranya kelahiran adalah di luar perkahwinan, samada berlakunya #seks luar nikah (zina) atau mangsa #rogol dan sebagainya, maka anak kelahiran tadi masih boleh didaftarkan atas nama si ibu yang melahirkannya tanpa nasab daripada si bapa. Nama si bapa boleh terus didaftarkan kepada mana-mana nama Allah SWT.

Maksudnya dalam pendaftaran kelahiran baru bagi orang Islam adalah keywordnya ialah#perkahwinan.

Jika dilihat kes terkini seperti kes #LeeLaiCheng vs. Lim Hooi Teck, pendaftaran non-muslim juga adalah sama seperti asas kelahiran dalam Islam. Malah adalah menjadi satu kesalahan untuk mereka berkahwin melebihi seorang apabila kelahiran berlaku daripada lelaki yang masih dalam perkahwinan pada masa tersebut.

Sekiranya berlaku hubungan sulit yang membawa kepada kelahiran bayi adakah si lelaki akan dinasabkan kepada anak tersebut?. Jawapanya Tidak.

Walaupun kesulitan si ibu dalam membesarkan si anak melalui pelbagai kepayahan, lelaki berkenaan tidak bertanggungan nafkah kepada si ibu atau si anak biarpun dapat dibuktikan keintiman, perhubungan seks dan sebagainya.

Si ibu mungkin akan menanggung malu dan kebarangkalian untuk tidak dikahwini seumur hidup.

Malah lelaki berkenaan juga tidak bertanggungan dalam tindakan sivil untuk memberikan maklumat atau pemeriksaan #DNA untuk membuktikan beliau bapa kepada si anak tadi atau sebaliknya. [Dibincangkan - Perkara 8 #PerlembagaanMalaysia, Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kematian dan Kelahiran, Perkara 7 Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu]

Pendek kata, jauhi hubungan #sulit dan perbuatan terlarang seperti hubungan seks luar nikah (#zina) dan sebagainya. Ia merugikan banyak pihak terutama anak-anak.

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.net | com
+6013-9307961 | +6011-38537961
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►