Friday, April 7, 2017

PENAHANAN DI BAWAH LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN DADAH.


"jomlah, cari warong breakfast. Masuk Sg Buloh prison pun rasa orang tak pandang macam penjenayah.."
Masa amat suntuk tapi lebih baik mencuba.
Polis di bawah arahan terus KDN boleh menahan mana-mana individu di bawah siasatan berkaitan dadah selama 60 hari tanpa bicara/reman.
Selama 60 hari siasatan akan dibuat. Pendakwaan atas tuduhan berkaitan dadah atau mana-mana proses perlucutan harta boleh dibuat kemudiannya.
Penahanan ini biasanya melibatkan individu yang dikatakan banyak terlibat dengan dadah.
Senang cerita ramai orang 'petik' namanya dalam bab dadah ni.
Penahanan di bawah kuasa KDN ini juga biasa melibatkan penahanan yang mana polis tiada bukti untuk pendakwaan. Sekiranya pihak polis percaya bahawa Tahanan merupakan ancaman bagi dadah bg satu-satu kawasan, satu rekomen dibuat kepada Menteri bagi satu penahanan selama 2 tahun dikenakan ke atas Tahanan.
Penahanan biasanya dibuat di mana-mana pusat tahanan penjara atau pusat pemulihan akhlak di Malaysia. Perintah penahanan selama 2 tahun akan dibuat selepas perintah penahanan ditandatangani oleh Menteri/Timbalan Menteri KDN.
Penahanan tersebut boleh digugurkan pada bila-bila masa dan boleh di tambah setiap 2 tahun sehingga pihak KDN berpuashati bahawa Tahanan bukan lagi ancaman.
"ok, kami breakfast dulu. Apa-apa roger!"
LIKE & SHARE
Hisham Nazir & Co
Subang Jaya | Sg Petani
+6013-9307961
UPDATE: Alhamdullilah, dengar khabar klien kena pengawasan sahaja.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►