Friday, April 7, 2017

PEMILIKAN - PEMBUKTIAN PENTING PENGEDARAN DADAH


(Rujukan kepada kes Mahkamah Persekutuan keputusan 04.10.2016 oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria iaitu Mrs Thitapha Charoenchuea (warga Thailand) vs. PP)

Antara kes duluan yang mengikat mahkamah ialah kes Chan Pean Leon vs PP [1956] MLJ 237 yang mana antara lain kes landmark bagi menjelaskan isu pemilikan ialah:

“To establish possession for the purposes of criminal law, two separate questions are involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the thing possessed.”

Manakala Mahkamah Persekutuan telah bersetuju dan menguatkan lagi prinsip perundangan mengenai pemilikan dalam pendakwaan jenayah melalui kes Chan Pean Leon vs PP tersebut di dalam kes Thitapha Charoenchuea (warga Thailand) vs. PP apabila Ketua Hakim Negara menyatakan antara lain;

"kami bersetuju dengan Peguam OKT bahawa Hakim Bicara tidak menyatakan sama ada OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah di dalam milikannya. Dalam penghakiman tersebut Hakim Bicara hanya mendapati OKT mempunyai milikan fizikal terhadap dadah tersebut. Dapatan berhubung dengan pengetahuan OKT tentang kewujudan dadah dalam milikannya merupakan salah satu elemen utama yang perlu diputuskan bagi membolehkan sandaran terhadap andaian pengedaran dadah di bawah s. 37(da)
ADB dibuat. Tanpa dapatan sedemikian oleh Hakim Bicara kami memutuskan bahawa andaian statutori di bawah s. 37(da) ADB yang dipakai oleh Hakim Bicara terhadap OKT adalah cacat. kesannya, pihak pendakwa gagal membuktikan kes “prima facie” bagi kesalahan di bawah s. 39(B)(1)(a) ADB."

Kes tangkapan pengedaran dadah di Sungai Petani tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan dan dipinda kepada Seksyen 39A(2)(f) Akta yang sama atas alasan pemilikan fizikal sahaja semasa tangkapan.

Allah SWT bagi umur panjang sikit!

LIKE & SHARE

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.net | www.hishamnazir.com

NOTA GAMBAR: Alhamdulillah, semua rakan, sahabat, junior dah jadi orang-orang hebat. Menumpang aura kehebatan adalah satu nikmat

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►