Wednesday, April 12, 2017

MEDIASI DAN ARBITRASI


Hari ini peluang mengendalikan mediasi di hadapan Yang Arif Hakim. Kedua pihak hadir memberikan kerjasama. Mana tahu boleh selesaikan dengan cara baik-baik tanpa masa muka.

Apa yg patut orang awam tahu mengenainya.

Mediasi adalah proses perbincangan dan dibuat keputusan. Jika berjaya, keputusannya mengikat pihak-pihak. Jika tidak berjaya, bicara penuh akan diteruskan.

Perbincangan akan dibuat melalui pihak sendirian kemudian bersama. atau bersama kaunsel atau sebaliknya.

Matlamatnya mencari penyelesaian yang boleh memuaskan hati pihak-pihak yang bertikaian seterusnya memberikan keadilan tanpa memberikan ketidakpuasanhati kepada pihak yang lain.

Selain itu, Mahkamah akan lebih efisien dengan lupuskan kes lebih cepat. Malah apabila mediasi berjaya, tiada lagi rayuan akan dibuat oleh pihak-pihak. Bayangkan masa dan kos yg telah jimat ekoran daripada proses ini.

Halangan utama proses ini ialah ego. Jadi biasanya peguam yang baik akan memberikan peluang untuk mediasi sebelum memutuskan untuk bicara penuh.

Arbitrasi juga proses perbincangan antara 2 pihak atau lebih tetapi ia lebih kepada proses penghakiman. Yang mana Arbitrator akan memutuskan sebagaimana mahkamah kepada satu keputusan yg mengikat pihak-pihak. Tiada istilah berjaya atau tidak.

Proses arbitrasi lebih terbuka dan santai walaupun formal. Banyak pertikaian kini memilih arbitrasi sebagai penyelesaian daripada mahkamah.

Katanya faktor masa dan kos. Malah lesen peguam yg terlibat juga tidak terhad kepada sistem perundangan dan negara tempat prosiding. Apapun ia satu alternatif yang baik.

Begitu juga dalam hidup kita. Apa-apa kita bincang dengan hati yang tenang dulu. Mungkin banyak penyelesaian boleh dimuafakati.

InsyaAllah!

#hishamnazirco
#criminallawyermalaysia
 — at Mahkamah Tinggi Shah Alam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►