Friday, April 7, 2017

MATI KERANA PUTUS ASA


Saya kenal seorang tahanan reman. Saya selalu bercerita tentangnya apabila menyampaikan kuliah atau seminar. Tentang sosial masyarakat, tekanan emosi dan hidup, kekeluargaan dan perundangan.

Beliau seorang tahanan reman bagi pendakwaan pengedaran dadah yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur suatu ketika dulu. Berasal dan dibesarkan di Korea Selatan, negera yang ramai wanita memasang cita-cita untuk melancong.

Beliau seorang yang biasa dan bekerja sekadar ada. mempunyai keluarga ibu bapa, isteri dan anak-anak. Tiada halangan dan tapisan dalam berkawan menyebabkan hidup beliau berubah kemudian tanpa kenal baik dan buruk.

Beliau di minta membawa suatu barangan di dalam bagasi ke Hong Kong yang mana tanpa pengetahuannya di dalam bagasi tersebut diletakkan dadah jenis heroin di satu sudut yang telah dimodifikasi.

Semasa beliau diperiksa dan ditahan, perlakuannya adalah biasa memandangkan beliau tidak menyangka terdapatnya dadah dan compartment lain di dalam beg tanpa diketahui. Beliau ditangkap dan dibawa ke lokap KLIA.

Pendek cerita, beliau telah didakwa di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang jika di sabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sehingga mati. Selama beberapa tahun beliau ditempatkan di tahanan reman di sebuah penjara di Malaysia.

Sepanjang saya kenal, saya cuma tahu diterjemahkan oleh rakannya Korea yang lain kerana beliau tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu atau Inggeris.

Katanya, beliau telah mengalami tekanan yang tinggi dengan berjauhan daripada keluarga. Suatu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Tanpa lawatan ke atas beliau oleh keluarga atas faktor kewangan dan jarak yang jauh, menambahkan lagi tekanan yang dialami hari-hari.

Malah kata rakan beliau, keluarga juga ada menghantar wang untuk perbelanjaan di penjara (terma - makan bayar), Tetapi wang tersebut tidak pernah sampai sebagaimana sepatutnya. Tindakan jahat rakan dan pihak sepatutnya telah menambahkan lagi tekanan terutama wang tersebut boleh digunakan untuk menelefon keluarganya di Korea. Tetapi sekarang tidak boleh.

Kesnya masih diperingkat Sebutan dan banyak dokumen dikatakan tidak lengkap di samping peranan peguam yang dikatakan agak perlahan. Malah rakan beliau selalu menyatakan tiada lawatan peguam ke atasnya lebih menanggung rasa tertekan dengan keadaan sedia ada.

Malah untuk kes tersebut, beliau dikatakan telah ditipu oleh individu yang telah dibayar lebih RM70,000.00 kepada 2 individu yang lain dikatakan boleh melepaskannya.

Keluarganya adalah keluarga yang miskin dan tidak mempunyai wang. Apatah lagi untuk mengumpul wang untuk tambahan di penjara atau sebanyak RM70,000.00. Terlalu perit beliau mengingatkan kesusahan keluarganya untuk mengumpulkan sebanyak itu.

Dalam masa kurang setahun, tekanan-tekanan yang ada membuatkan beliau murung dan tidak mahu bercakap. Tidak mampu bercakap. Tidur jarang sekali.

Kata Doktor, apabila kesukaran tidur adalah disebabkan tekanan emosi dan juga satu kecenderongan untuk mati samada cara biasa atau keinginan membunuh diri. Malah kesukaran tidur menambahkan lagi tekanan yang ada. Beliau juga dikatakan beberapa kal menyatakan hasrat untuk mati (bunuh diri).

Kemudian secara perlahan beliau tidak lagi mampu berjalan seperti biasa. Seperti keletihan amat. Sehingga kemudianya beliau tidak lagi mampu berdiri.

Di kerusi roda, beliau tidak mampu lagi mengangkat mukanya. Sehingga satu ketika dimaklumkan rakannya bahawa beliau sudah give up, air liur meleleh dan kencing keluar tanpa mampu dikawal oleh dirinya lagi.

Kata kawannya, mereka bersyukur pegawai penjara agak mengambil cakna kepada keadaan tersebut dan menjaga dengan baik. Kami dengar beliau meninggal kemudiannya tanpa disedari.

Saya asyik teringat dia dalam sebulan ini. Memikirkan sosial yang ada disekeliling antara keluarga, rakan, sahabat dan sebagainya. Sahabat mungkin antara musuh paling perit buat kita. Banyak jenayah dilakukan oleh sahabat sendiri ke atas kita atau keluarga kita. Skandal pun banyak daripada sahabat sendiri.

Sokongan keluarga adalah perlu dalam semua masa. Jangan terlalu melepaskan kepada keadaan. Bagaimana keluarga dan mereka tersayang menilai dan menyokong kita.

Ada ketika kita dijulang kerana kebaikan dan kelebihan yang ada. Tetapi apabila kita menyentuh suatu perkara yang tidak selari dengan pandangan mereka, mungkin ketika itu kita akan dikatakan sebagai tidak berguna dan hilang semua kebaikan yang pernah wujud. Maka pada masa itu, akan lerai hubungan antara mereka atau wujud karekter yang baru atas anggapan yang diberikan oleh mereka.

"Matilah kao nak!"

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
+6013-9307961
 — feeling stressed at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►