Friday, April 7, 2017

KES RASUAH TERBESAR SABAH - SUDUT PUBLISITI



Ada orang bertanyakan kes rasuah berkenaan yang kini hebat diperkatakan. Orang lain bercakap mengenai perundangan dan keburukan pegawai kerajaan. Tetapi saya nak sentuh bab publisiti kerana banyak diperkatakan di media.


Publisiti sedemikian banyak membantu SPRM dalam MENAIKKAN INTEGRITI mereka dalam masa yang sama memberikan satu amaran kepada masyarakat awam mengenai jenayah rasuah yang sebegitu besar boleh berlaku kepada pegawai kanan sedemikian.

Publisiti yang banyak sedemikian juga bagusnya membolehkan kes ini menjadi siasatan lebih baik di pihak SPRM. Nanti jika apa-apa jua masalah teknikaliti perundangan timbul dalam kes sedemikian, SPRM selaku badan penyiasat tidak akan disalahkan dan mendidik masyarakat secara tidak langsung bahawa SPRM hanya sekadar badan penyiasat dan menangkap. Manakala kuasa mendakwa kepada Jabatan Peguam Negara.

Apa yang tidak baik ialah tohmahan negatif yang menjuruskan kebencian kepada pegawai kerajaan secara keseluruhan. Tidak adil tetapi sedikit sebanyak memberikan kesan positif dan negatif kepada cara kerja mereka. Yang penting mengurangkan rasuah.

Netizen jangan pula menghakimi kes ini berdasarkan media semata-mata. Ia melibatkan duit yang banyak, personel yang agak terpencil dan macam-macam lagi. Biarkan SPRM dengan tugasannya dan kemudian kita follow melalui Mahkamah.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►