Ramai masih menganggap mendapatkan nasihat peguam adalah membazirkan. Mendapatkan khidmat peguam lagi mengarut dan membazir serta boleh buat sendiri dengan template yang ada dan senang katanya.
Saya nasihatkan dapatkan nasihat peguam yang berpengalaman dan bertauliah. Belajar undang-undang tidak menjadikannya peguam atau celik perundangan secara praktikal. Kalau dirujuk kepada mereka pun.
Kalau dirujuk kepada peguam mungkin kena sedikit caj nasihat atau khidmatnya kalau dilantik tetapi saya kata itu lebih baik daripada menyesal kemudian hari.
Ada yang datang berjumpa saya tentang isu perundangan apabila telah rugi beberapa puluh ribu kerana asalnya enggan mengikuti nasihat perundangan atas alasan remeh dan perlu berbelanja lebih. lebih dalam RM1-2 ribu. Sekarang rugi dalam hampir RM100k dalam tukar milik kereta mewahnya.
Ada yang datang berjumpa saya setelah rugi hampir RM400k dalam bentuk tunai dan akhirnya menanggung rugi dan hutang kerana ingin berjimat kos peguam dan perundangan pada awalnya hanya dalam kos anggaran RM8-10k bagi kos guaman kontrak dan arkitek dalam proses pembinaan rumah barunya.
Ada yang datang berjumpa telah kehilangan 8 bidang tanah yang kini mencecah harga beberapa belas jutaan ringgit. Itupun tahu apabila anak bertanyakan tentang tanah dengan ibunya atas alasan ingin menukar nama-nama geran melalui peguam kerana ayahnya telah mulai nyanyuk.
Kerugian belasan juta kerana awalnya pindah milik dibuat sendiri dengan pembeli atas pembeli kemudiannya. Hanya kerana nak berjimatkan kos guaman jual beli pada masa tersebut mungkin tidak sampai 3% kos jual beli atau tidak sampai RM3k bagi setiap bidang tanah.
Kerana percaya dan nak murah, Belasan juta nilai tanah kini milik orang. Bukan kata harga jualan, deposit pun tiada diberikan. Ayah kini nyanyuk, duit tiada dalam simpanan. Nak mulakan prosiding sivil di Mahkamah Tinggi memerlukan kos tinggi dan juga beban pembuktian yang dibebankan kepada mereka.
Sakit lagi hati apabila beberapa bidang tanah tersergam banglo besar bernilai RM4 juta ke atas.
Mahu berjimat lagi sekeluarga putus beradik apabila masing-masing di tipu oleh beradik sendiri apabila membuat pindahmilik awal tanpa nasihat guaman. Bukan kata duit, sekarang tanah milik orang setelah dijual oleh adik darah kandung sendiri. Mereka pula menumpang tanah dan akan dihalau bila-bila masa.
Malah ada juga marah kami sebagai peguam kerana kami hanya memainkan peranan profesional. Mereka telah bayar kami ribuan ringgit atas fee guaman tetapi transaksi tidak berjaya dan fee guaman utama tidak kami kembalikan. Itu semua luar kemampuan kawalan kami tetapi oleh kerana "kerugian' itu, saman dan tuntutannya berjaya kerana khidmat peguam itu telah dijadikan saksi tuntutannya di Mahkamah.
Bukan nak menekan isu ini kerana kami peguam tetapi bila terjadi sebegini, banyak kos diperlukan. Maka peguam sekali lagi kena caci kata kos yang dikenakan terlalu tinggi sedangkan prosiding sivil, bebank bukti, keterangan, dokumentasi adalah tidak menyebelahi mereka pada asasnya. Jangan bercakap soal amaun yang banyak kalau tidak boleh kita securekan kontraknya.
"Mahu jimat sangat ka?"
Hisham Nazir & Cronies
Sungai Petani & Subang Jaya
+6011-38537961
www.hishamnazir.net | com — at Hisham Nazir & Cronies.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..