Friday, April 7, 2017

HNC SUNGAI PETANI, KEDAH


No.166, Tingkat 2, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Tel: +6013-9307961
Facebook: Hisham Nazir & Cronies
Alhamdulillah, kesemua partition lama dikeluarkan sebelum partition dan karpet baru dipasang. Bangunan telahpun siap dicat warna MERAH sesuai dengan warna tema Hisham Nazir & Cronies.
Setakat ini, perbincangan dibuat hanya litigasi jenayah dan sivil menjadi tugasan utama di HNC Sg Petani.
Walaupun tidak sehebat mana, harap dapat memberikan manfaat kepada anakguam kami daripada Taiping ke Perlis dengan lebih baik dan memberikan ruang dan peluang kepada rakan-rakan peguam yang nak jadi bos. Saya jadi orang biasa-biasa sahaja dan menumpang di sini.
Projek rakan kongsi HNC Subang Jaya patutnya di jayakan pada September 2016 lepas, tetapi aturan Allah SWT lain nampaknya.
Kerja-kerja akan ambil masa sebulan kerana faktor jarak dan masa. InsyAllah semoga dipermudahkan bab tu.
Salah seorang bekas anakguam yang asal dan tinggal di Sungai Petani mengucapkan tahniah. Dia dibebaskan daripada hukuman gantung dan dibebaskan sepenuhnya dan merupakan kes pertama Pengedaran dadah dilepaskan atas faktor berkenaan. Baru ingat tempat kejadiannya dan tangkapan di kawasan sekitar pejabat baru ini.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►