Friday, April 7, 2017

FRIENDLY LOAN | "PINJAMAN BAIK-BAIK" :)


Pinjaman hanya boleh ditawarkan dan dijalankan oleh pihak perbankan yang tertakluk kepada bidangkuasa Bank Negara dan juga peruntukan perundangan khas bagi menjalankan perkhidmatan pinjaman wang kepada pihak ketiga.
Selain itu, pihak yang dibenarkan menjalankan urusan dan perkhidmatan pinjaman wang ialah syarikat yang dibenarkan melalui lesen pinjaman wang yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Keduanya boleh memberikan khidmat pinjaman wang dan dikenakan keuntungan mahupun faedah tertakluk kepada peruntukan perundangan dan syarat sedia ada. [Bincang kemudian]
Namun ada juga berlaku pinjaman antara rakan, sahabat dan saudara mara bagi tujuan tertentu dengan amaun rendah mahupun tinggi. Timbul persoalannya adakah pinjaman sebegini dibenarkan perundangan Malaysia?
Jawapannya DIBENARKAN tetapi tidak boleh dikenakan apa-apa keuntungan, pembayaran lebih mahupun faedah ke atas pinjaman tersebut. Ia dipanggil Pinjaman Persahabatan [Saya tidak pernah guna term ini]. Kami lebih banyak guna terma "Friendly Loan"
Mana-mana terma yang ingin dimasukkan, boleh dimasukkan atas persetujuan kedua pihak termasuk amaun dan cara bayaran kembali.
Yang penting, tiada faedah dan keuntungan boleh dikenakan.
Bagi memudahkan urusan di kemudian hari bagi kegagalan dan keengganan membuat pembayaran semula, pihak pemimjam boleh membuat pinjaman ini dalam bentuk bertulis dan dilampirkan bukti serahan wang berkenaan.
Dokumen bertulis sedemikian akan memberikan kemudahan kepada tuntutan di Mahkamah kelak sekiranya perlu. Malah sekiranya berlaku kematian atau apa-apa yang menghalang pembayaran oleh peminjam, dokumen tersebut mungkin membolehkan tuntutan kepada hartanya mahupun warisnya.
Wallahuallam bisawaab
LIKE & SHARE OUR PAGE
NOTA: Masih bekerja di waktu begini di pejabat. Maafkan saya dunia!
Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►