Minggu ini 3 kali bicara di Mahkamah Rayuan. Tak pasti kalau-kalau polis bantuan sudah jelak tengok muka ini. Tapi mereka masih kata "Tuan, beg tuan kena masuk scan"
Tapi taknak cerita pasai kes hari ini. Nak cerita pasai Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
Selesai separuh masa pertama di Mahkamah Rayuan, saya lihat ramai pelajar di belakang. Jumpa Pendaftar Mahkamah Majistret & Sesyen Putrajaya. Katanya yang ramai adalah pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Manakala seorang daripada UiTM dan tiga pelajar lagi daripada UKM.
"Tuan, cuba cakap you batch berapa!" tanya pendaftar mengusik pelajar praktikum dari UKM.
Saya menanyakan mereka dan dimaklumkan bahawa mereka batch - 44 daripada Fakulti undang-undang (UKM). Saya bagitahu mereka yang saya batch 14 dari UKM dan senior mereka.
Saya tengok muka mereka macam zaman saya dikenalkan dengan batch 2-3. Tapi itu beza 10 batch sahaja. Yang ini saya senior mereka bagi 30 sessi batch.
Jadi sukacita saya ingatkan rakan-rakan saya yang dah agak tua. Walaupun anda tidak semuda saya, anda kena faham bahawa masa tetap berjalan pantas. Adalah menjadi fakta bahawa anda semua dah berjaya TAPI kita dah veteran!
Nizam Esa Firdaus Zakaria Siti Zalzaliza Binti Zulkhafri Wan Mimi Hj Musyiri Peet Prof Faridah Jalil Ermira Faridah Prof CT Faridah Wan Juhrah Muntek Kama Hasan Khairul Nazlee Mazrul FadzliDaus Mohamood Norma Hela Daud Mohamad Kamil Bin Nizam Sue Lyna Irwan Wahyudi Rosman Osman Ros AnNajah Roslina Ghazali Rose Maria Mansor Risma Yurini Shariz Rizal Rizal AbidinRozian Ghani Cik Ina Anuar Bahari Prof Nazura Abdul Manap Mohaji Selamat
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..