Friday, April 7, 2017

BANYAK YANG KAMU BOLEH BELAJAR DARI PENGALAMAN. KEJAR PENGALAMAN. DUIT AKAN DATANG KEMUDIAN.


Notis Tuntutan terbanyak yang dikeluarkan sekaligus pada tahun ini. Harap dapat diselesaikan.
......................................................................

Benda ini kecil. Remeh bagi peguam.
Tapi boss lama saya cakap "semua 2000 letter of demand kena keluar hari ini"

Boss saya bukan melayu.
Gila nak buat 2000 LOD dalam satu hari.
Bukan banking. Bukan ada sistem LoD khusus.
Ingat aku sotong ke banyak tangan.
Tapi arahan tegas memang kerja kena siap
Non Malay memang buli mati-mati saya malay ni.

Tapi saya bahagikan kerja kepada 2-3 orang staf. Saya memberikan arahan dan ajar bagaimana rancangan saya untuk siapkan kesemua 2000 surat pada hari yang sama.

Kami mampu siapkan dalam jam 7.00 malam
Penat gila. Boss pun gila. Rasis
Kerja nak kejar masa.
Lagi sakit hati bila senior staff maklumkan LOD tu diberi masa seminggu oleh klien.

Harap berbaloi dengan hilang masa lunch
Kesian pula pada staff makan tapau sambil buat kerja.
Seorang staff melayu macam biasa, dia keluar lunch tinggalkan kerja sementara.
Aplikasi hak asasi "lunch is rehat"

Esok boss panggil
"balik pukul berapa isam (Hisham)" tanya boss.

"Balik pukul 8.00mlm lepas maghrib. Tapi pukul 7.00mlm semua setel. Pagi ni dah diposkan" balas saya.

"Jangan risau, saya tak mahu lagi LOD. Saja kasi pening kepala you. No body can do it winthin one day for that kind of LOD. You have my respect Isam"

"I am not to bully you. Tapi sekarang kita tahu your time management and job plan sangat bagus"

"awak belajar, manage staff dan awak show me that you are a good problem solver"

Pengalaman akan menentukan siapa kita kemudian hari. Adakala akan lebih tenang.
Adakala akan rasa lebih sakit hati.

Pengalaman kerja mengajar banyak perkara. Tetapi bukan ilmu yg penting tetapi bagaimana ia mengubah sikap dan cara disiplin kita.

Semua itu penting kecuali kita hanya target untuk kaya dan kepentingan diri semata-mata.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►