Friday, April 7, 2017

MALAYSIA NEGARA JANDA & DUDA

Realiti zaman kini. Yang kita nampak seronok berpasangan, kahwin muda, travel sama, makan di kafe hipster sama dan swafoto pegang tangan till jannah.
.
Anak 20-an yang baru nak naik yang sudah tidak sabar hendak bersuami ini tidak tahu realiti kehidupan berumah tangga yang sebenar. Usah mudah terpengaruh dengan dunia instagram dan laman sosial anda. Mereka tunjuk yang manis dan harum saja. Yang busuk? Simpanlah dalam pintu bilik. Ketat.
.
Kau apa tahu anak muda yang tak sabar nak kahwin, walaupun baru menjejaki umur 18 tahun. Ada ramai pasangan muda yang masih berjuang untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Baru nampak belang sebenar yang tertutup selama ini. Baru 4 bulan bernikah, masjid mereka menanti belah. Ada yang semuda 24 tahun sudah menjanda. Ada yang selepas berkahwin, baru tahu suami ikut kata ibu semata, bukan atas sebab cinta.😢😢😢
.
Semuanya kisah benar adik. Kisah benar. Dekat saja dengan akak. Tolonglah buka minda untuk hidup dalam realiti. Jangan terlalu hidup dalam dunia #tuanIhsan anda dan #70harimencintaimu. Tolonglah! Islam perlukan singa yang mengaum, bukan burung hantu rindukan bulan. 😑😑😑
.
Masa ini singkat saja untuk dinikmati. Jadi, manfaatkan sebaik mungkin. Pilihlah mati jenis yang bagaimana yang engkau mahukan. Pilihlah.

Sekian,
Bukan burung hantu. 🐦
 — with Aiza Haddad andNasrullah Alahdad.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►