Monday, April 10, 2017

"APA YANG PATUT SAYA BERHATI-HATI UNTUK MEMBUAT BIDAAN RUMAH LELONG"


Anda boleh google proses lelongan bagaimana ia dibuat. Artikel kami sebelum ini pun ada menyatakan perkara yg sama.


Cuma dalam membuat bidaan, beberapa perkara perlu ditekankan bagi mengelakkan kerugian atau menyesal membuat bidaan. Antaranya:

KEADAAN RUMAH/PREMIS
Lelongan adalah berdasarkan keadaan rumah semasa ia dibuat dan selaku pembida anda harus melihat sendiri hartanah tersebut kerana gambar yg disediakan mungkin adalah gambar lama.

Perlu dilihat struktur asas sekiranya ada kerosakan. Atap juga memainkan peranan bagi menjangkakan apa kerosakan bahagian dalaman kerana tidak semua hartanah mampu anda masuk dan lihat.

Begitu juga kemudahan wiring di hartanah tersebut. Kebanyakan rumah terbiar akan memerlukan wiring baru sepenuhnya.

TUNGAKAN KEWANGAN
Tunggkan pembayaran boleh disebabkan kegagalan membuat bayaran kepada mana-mana pejabat tanah, pbt atau pihak pengurusan hartanah. Selain bil tunggakan biasa, mungkin denda dan penalti juga akan bersama.

Sesetengah Bank yang mendapat perintah lelongan akan membuat bayaran ke atas tunggakan dan ada kemungkinan anda patut membuat bayarannya.

Jadi buat carian dan bertanya tentangnya sebelum membuat bidaan.

Perlu diingatkan kekadang di dalam terma terdapat klausa pembayaran oleh bank dibuat tertakluk kpd permintaan pihak dalam tempoh tertentu. Pastikan peguam atau anda tidak melepasi tarikh berkenaan.

KOS PEMBAIKPULIHAN
Cuba buat kira-kira kos baik pulih atau renovasi penuh ke atas premis berkenaan bersesuaian dengan tujuan anda membelinya.

SEKATAN
Pastikan anda tahu sekiranya ada sekatan kepentingan atau mana-mana bahagian teknikaliti yg tidak akan dapat dipenuhi. Ini boleh mengelakkan kerugian kpd pihak anda.

Timbangkan semua perkara asas ini. InsyaAllah!

Semoga perkongsian artikel sebegini memberikan sedikit pemahaman asas tentang undang-undang Malaysia. Terima kasih

+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►